Laman Utama / Kajian Kes / KWAP Karnival MyPesara 2025

Karnival MyPesara 2025: Kempen media bersepadu untuk KWAP di Kelantan

Bagaimana pelan media terperinci mengikut daerah membina kesedaran MyPesara di Kelantan dan memacu kehadiran ribuan pengunjung sepanjang karnival 3 hari.

KLIEN
KWAP
TARIKH
14 – 16 Nov 2025
LOKASI
Kelantan (7 Daerah)
SALURAN
Cetak, Radio, OOH, DOOH, KOL
PERANAN KAMI
Media Bersepadu & Acara

Meningkatkan kesedaran umum mengenai inisiatif MyPesara anjuran KWAP dan menarik kehadiran sasaran ke Karnival MyPesara edisi Kelantan. Kempen perlu mendekati golongan pesara, penjawat awam, keluarga dan komuniti setempat di Pantai Timur.

  • Tahap kesedaran awal program MyPesara yang masih sederhana di Pantai Timur.
  • Sasaran berganda: golongan pesara serta ahli keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.
  • Kepadatan iklan akhir tahun yang tinggi.
  • Komunikasi perlu merentasi daerah luar bandar, bukan hanya tertumpu di Kota Bharu.

Setiap saluran, rasional pemilihan, dan hasil sebenar.

Setiap perincian media dibentangkan dengan jelas supaya data dan logik pemilihan saluran dapat dinilai dengan telus.

Saluran Apa Yang Ditempah Rasional Strategik Hasil Dicapai
Akhbar Cetak 5 panel bawah muka depan, 2 blurb muka hadapan dan liputan rencana editorial di Sinar Harian Membina autoriti dan kepercayaan bagi demografi pesara serta kakitangan kerajaan 800k900k anggaran capaian pembaca
Radio THR Gegar dan Kelantan FM, tertumpu pada waktu puncak pagi dan petang (drive-time) Menguasai waktu pendengaran utama laluan komuter harian Pantai Timur 315 siaran (+5% atas pelan) • 500k550k capaian • 56 OTS • ≈330 GRP
OOH & DOOH Tiang digital di KB Mall, skrin digital LED di Kubang Kerian, 150 bunting dan 20 kain rentang Pengukuhan visual berterusan di persimpangan utama 7 daerah sasaran 2.02.1J impak capaian visual seluruh negeri
Sosial & KOL 25+ kandungan daripada pempengaruh tempatan (Issey, Fizie, Rabbani, Abe Mat Ngepek); liputan harian TikTok & FB Sentuhan dialek tempatan dan nuansa budaya Pantai Timur yang mesra audiens 173k tontonan organik TikTok dalam minggu acara
315
Siaran radio terlaksana (+5% atas sasaran)
2.1J
Impak paparan OOH & DOOH di Kelantan
900K
Jumlah capaian pembaca akhbar cetak
173K
Tontonan organik TikTok sepanjang kempen

Kajian Kes Seterusnya

EON Autofest 2024: Sasaran 3,000 pelawat → Hasil 4,500 →
Kajian kes seterusnya →